Tuesday, January 22, 2013

Apa nak buat bila stok durian banyak? Jeng jeng jeng. Nah resepi Aiskrim Durian yang sedap dan senang!

Aku dah lama tak hapdet belog. Dekat sebulan kot... Sebab tu ah tajuk entry aku kemain panjang. Kat kampung aku yang ohsem ni tengah musim durian sekarang ni tau. Aritu baru je lepas musim durian, eh sekarang durian lagi? Durian kali nih besar giler weh. Puas hati aku tengok. Dah la senang nak kopek. Memang aku suka benda yang mudah! Bila angin nak mencekik durian datang, aku pulun je tanpa memikirkan bahana yang menanti. Yelah, pening kepala aku weh lepas makan. Time makan tu memang aku tak ingat dunia. Ooh tipu, aku masih ingat ok.

Baiklah, tujuan utama aku buat entry nih sebab nak kongsikan ke'heaven'an aiskreng durian buatan sendiri. Buatan sendiri ok? Sila baca kuat-kuat. Dan silalah bangga dengan aku nih. Muahahaha. Rasa dia memang sedap. Lepas ni korang pun boleh cuba. Haaa, tak payah korang pergi rempit or racing semata-mata nak beli aiskreng. Mengerti nggak?

Ni resepi aiskreng yang super senaaaaaaaang! Tolongla percaya cakap aku nih...

#1 tin susu cair (sukahati korang la nak guna jenama ape, berlambak jenama susu cair asalkan yang halal)
#Suku tin susu pekat(engko tak payah nak ngengada tuang sampai 1 tin!)
#1biji telur ayam(bukan telur burung puyuh ye?)
#1 sudu kecil esen vanilla
#1 sudu besar penuh ovallette(cari yang halalan toyyiba k)

Haaa, tu je lah resepinya. Kan aku dah cakap sangat senang. Budak tadika pun boleh cari bahan-bahan tuh.

Untuk perisa pulak, korang boleh je letak perisa ape yang korang suka, strawberry ke, milo ke tak kisah la. Aku buat milo dan durian. Milo tuh aku guna milo biasa la, sendukkan je milo tu ke dalam adunan yang dah jadi cream, lepas tu mix sikit lagi smpai sebati. Perisa durian tuh, aku guna isi durian yang fresh ooo....heheh, ambek isinya sahaja k, biji dia takmo. Aku letak isi dari sebiji durian, banyak giler tapi sedap ya ampun! 

Caranya- korang satukan semua bahan tu dalam bekas dan gunakan mixer. Korang pukul semua benda tuh sampai dia jadi macam cream. Ok? Agak lama la mungkin dalam 15 minit baru bertukar jadi cream. Dah la aku guna hand mixer je sebab stand mixer aku dah jahanam.

Dah siap, tuangkan dalam bekas yang sesuai dan bekukan semalaman. Sedap! 

Aku buat semalam, pukul 5.30 pagi tadi aku makan. Hehehe. Try ok :) Oh ya, kalau korang nak taburkan kacang badam yang dh dipanggang pun boleh. Choc rice pun ok. Ikut citarasa dan kekreatifan korang la. Fuhhh ayat aku.

Salam ._.

No comments: